Friday, March 18, 2011

beCauSe He iS muSliM

   











?????


Salam sejahtera buat semua.
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun” 


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.



Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.
Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.
(Dilawati sebanyak 14,895 kali, 876 kali hari ini)

Kenapa perempuan cantik pakai tudung?

1. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
    Sebab dia nak tutup aurat.
2. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
    Sebab dia jaga maruah..diri..dan keluarga.
3. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
    Sebab.. Sebab dia cantik.
4. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
    Sebab dia tak hendak tunjuk kecantikan dia..kecuali pada yang berhak.
5. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
    Sebab dia seorang yang pandai..pandai jaga diri.
5. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
    Sebab dia anak solehah…
6. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
    Sebab dia dengar cakap mak bapak dia..
7. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
    Sebab dia hormati orang lain..
8. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
    Sebab takut apabile dia tak pakai tudung orang tengok dia cantik..dan ada niat yang tak baik..
9. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
    Sebab tak nak diminati ramai lelaki sangat..
10. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
      Sebab tak nak menyusahkan orang lain..
11. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
      Sebab dapat pahala..
12. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
      Sebab dapat menghindari maksiat..InsyaAllah ..
13. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
      Sebab supaya dapat menjadi contoh pada perempuan lain..
14. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
      Sebab supaya lelaki yang beriman saja yang suka dia..
15. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
      Sebab mendengar suruhan Nabi…
16. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
      Sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya.. Jadi dia tak nak sewenang2nya menunjuk kepada     lelaki.. Kerana jika dia menunjuk maknanya dia dah tak bernilai kerana mahkota dia telah dilhat oleh semua    lelaki (kecuali keluarga).
17. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
      Sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki..
18. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
      Sebab patuh pada suami..
19. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
      Sebab paling penting.. Dia orang Islam…
20. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?.
      Sebab dalam Al-Quran suruh dia pakai tudung.. Kalau orang Islam tapi tak berpegang pada Al- Quran.. Nak berpegang pada apa lagi..??
21. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
      Pasal anda memang cantik lah kalau pakai tudung.. Orang lelaki memang suka org perempuan yang pakai tudung…
22. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
      Pasal mereka tahu kalau tak pakai tudung mereka akan “syok sendiri” yang mereka tu lawa… Rugi lah kalau begitu… Pakailah tudung wahai muslimah Islam.. Serius ni…
23. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
      Pasai dia tak mahu orang lelaki suka kat dia pasal nafsu semata2… Mesti nak kat dia pasal agama dan akalnya yang baik… .
24. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
      Sebab … … Banyak lagi sebab…
pastu ada seorang bertanya, perempuan yang tak bertudung tu tak cantik la ye? haa, sape nak jawab?
p/s: cantik itu subjektif…
      semua org dilahirkan cantik…
      apatah lagi jika mengikut syarak yang ditentukan Allah. kan?

Thursday, March 17, 2011

pokok epal kesayanganKU



Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar.
Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok
epal ini setiap hari.

Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya,


dan adakalanya dia berehat lalu
terlelap di perdu pokok epal tersebut.



Budak lelaki tersebut begitu
menyayangi tempat permainannya.

Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu…
budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja.

Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut.


Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

Marilah bermain-mainlah di sekitarku” ajak pokok epal itu.

Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau” jawab budak remaja itu.

 “Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya” tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

 Lalu pokok epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan
pergi dari situ.

 
Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu…

Suatu hari, budak remaja itu kembali.

Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

Marilah bermain-mainlah di sekitarku” ajak pokok epal itu.

Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan
wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?
” Tanya budak itu.

Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong
dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya
.” Pokok
epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal
itu dan pergi dengan gembiranya.


Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu.
 

Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu.
Dia telah matang dan dewasa.

Marilah bermain-mainlah di sekitarku” ajak pokok epal itu.

Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” Tanya lelaki itu.

Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira” cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah,
batangku untuk kau buat bot. 

Aku hanya ada tunggul dengan akar yang
hampir mati…
” kata pokok epal itu dengan nada pilu.

Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, 

aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya,
aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi,
aku merasa penat dan ingin berehat,” jawab lelaki tua itu.

Jika begitu, berehatlah di perduku” cadang pokok epal itu.

 Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat.


 Mereka berdua menangis kegembiraan.


Semua tentu korank dah pernah baca & tahu kisah pokok epal ni kan?
Untuk sesiapa yang tak tahu lagi, sebenarnya kisah ini menggambarkan hubungan kita sebagai anak-anak & kedua orang tua kita.
Pokok epal dalam cerita ini adalah ibu bapa kita.
Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka.
Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan kehidupan kita. 

Kita tinggalkan mereka dan hanya kembali ketika kita memerlukan pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia & gembira dalam hidup. 

betapa murninya hati mereka kan..
tapi apa yg kita balas...?!

Hargailah mereka sementara mereka masih hidup. Selalu lah pulang menjenguk mereka jika berkesempatan.